Pot pet pot pet

Ekhemm. Hehe dah lama aku tak bukak blog ni. Dah berbulan rasanya. Bila di ingat ingat balik, 'eh aku dah habis pmr ye?' haa.. a'ah lah. aku dah habis pmr. Tak lama lagi nak keluar result. Fuhh.. seram oo.. tapi ntah lah aku tawakal je lah. Yang penting aku dah berusaha. 

Bila ditambah tolak, umur aku makin lama makin meningkat. Rasa macam cepat betul aku membesar. Masuk bulan depan, I mean tahun depan lagi dua tahun je aku sekolah. Lepas ni dah tak sekolah dah. Kadang kadang aku rasa 'huish bila lah nak masuk u ni.. tak sabarnya!' tapi kadang kadang 'kenapa cepat sangat.. nanti mesti aku rindu sekolah' haish mana ada aku rindu sekolah. Ntah ntah sekolah tu yang rindu aku. Choii perasannya aku ni.


Psstt psstt hari tu kan, aku mimpi aku kahwin!! perghh masa tu aku masih belajar lagi. Kat u. Aku kahwin dengan budak satu u aku. Tapi masa tu aku kena kahwin paksa. Fuhh memang masa aku rasa macam.. arghh.. gila betul. Masa tu bestfriend aku marah dekat aku. Sebab tak kasi tahu dia yang aku dah kahwin. Bukan tak nak, tapi tak sempat.

Tapi serius, aku rasa macam kena sumpahan novel masa tu. Oh ya, yang aku ingat lelaki yang kena kahwin dengan aku tu.. memang kena lah dengan taste aku. hehehe. Tapi malang, aku cuba flashback balik mimpi tu, aku tak kenal siapa lelaki tu.

Aku harap, kalau boleh tak nak lah jadi macam dalam mimpi tu. Tapi sweet apa, bercinta sebelum kahwin. haha Okay lah. masa untuk mengedit blog. K bye :*

Sambutan Hari Guru


Hello blogger. Seriusly, blog kalau boleh berabuk dah lama berhabuk plus berdebu. hehe. Oh, terlupa pulak. Hai my silent readers. Wuwuwu. Dah lama tak melalut plus merepek dekat blog ni haa. *sebenarnya aku tak de idea nak post kali ni. Hehe.


Eh, kenapa tetiba aku rajin pulak mengupdate blog ni? ni mesti ada something ni.. haha By the way salah satu sebab aku kena sampuk penyakit rajin bukak blog ni sebab.. exam mid year was over! *enjoy untuk seketika* dan cuti penggal ke berapa ntah telah bermula.Wee wee! Halah, nama je cuti. Tapi awal awal lagi cikgu dah kasi homework menimbun dan extra class lah, itu lah, ini lah. *kasihanilah kami*

Okay, tutup je lah cerita pasal cuti sekolah tu. menyakitkan hati je. Huh! Eh, sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Guru. *terlambatt* semalam. Sekolah aku ada buat sambutan hari guru untuk para guru-guru sahaja! hahaha. Okay, semalam meriah lah jugak sambutan tu. ''Eh, hari guru 16 mei lah'' Yupp. Tapi masa tu kitaorang sambut biasa biasa je. sebab minggu exam lah katakan. Tak de mood nak sambut menyambut ni tauu. Then, 25 mei baru sambut besar besaran.


''For you cikgu, terima kasih sebab sudi mengajar saya. Saya rindu cikgu cikgu sekolah tadika, sekolah rendah :') Nanti kalau panjang umur kita jumpa laa yaa? Maafkan saya kalau ada tersasul mengutuk cikgu. hehehehe. Repeat 'tersasul' bukan 'sengaja' Cikgu, saya harap cikgu halalkan ilmu yang cikgu dah ajarkan dekat saya. Lebih lebih lagi tahun ni saya PMR.'' Cikgu, i need your restu ilmu. *even majlis restu ilmu lamaa lagi.* macam lah cikgu baca post aku ni.. Hahaha.


Terima kasih kasih pada mu cikgu
Jasamu akan ku kenang selalu
''Saya tak nak ambil gambar formal dengan kamu, kita ambil gambar santai je.'' -Puan Meriam. 
How so sporting she is? I Love You Pengetua :'D


Sebenarnya aku malas nak taip panjang panjang sebab takut ada yang tetidur lah pulak baca post aku ni. Eh, perasan tak dashboard blogger sekarang dah lain? Urghh! benci bencii! Profile fb kita pun dah bertukar timeline. Tak de mood nak online lagi dah kecuali terpaksa. Aduhai, lagi satu. Disebabkan dah lama tak bukak blog, aku dah lupa nak edit edit ni. Serius, L.U.P.A edit lagu pun boleh lupa. Apalagi yang lain. 
Hang out? Lai lai. Mak aku dah kasi green light :D